Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

14 buah syarikat bumiputera Sabah terima surat tawaran ‘Dana Mudahcara TERAJU’

7:56pm 07/03/2017 Elezebeth Esther Onjining 88 views Kota Kinabalu,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

MUSA merakamkan gambar kenangan bersama 14 penerima  ‘Dana Mudahcara TERAJU’, dekat sini, hari ini

KOTA KINABALU: Sebanyak 14 buah syarikat bumiputera Sabah hari ini telah menerima surat tawaran ‘Dana Mudahcara TERAJU’.

Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman berkata Dana Mudahcara itu berfungsi sebagai ‘tipping point’ kepada sesebuah projek .

Tambahnya, ia turut bertindak sebagai pemangkin untuk pelaburan strategik oleh syarikat- syarikat Bumiputera.

” Di Sabah, 55 projek daripada pelbagai sektor telah dianugerahkan Dana Mudahcara sebanyak  RM139.18 juta.

“Ini ( 14 penerima surat tawaran Dana Mudahcara) akan membawa kepada sejumlah 52 syarikat yang telah dan bakal menerima Dana Mudahcara untuk menjalankan 55 projek tersebut,” katanya

Beliau berkata demikian sempena Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Cek Replika Program Di Bawah Inisiatif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), dekat sini, petang tadi.

Menurut Musa, projek-projek itu telah menyumbang kepada penciptaan RM1.17 bilion nilai pelaburan dan lebih 3,500 peluang pekerjaan.

Dalam perkembangan sama, seramai dua orang usahawan telah memenangi Program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB).

Musa berkata, para pemenang tersebut bakal menerima geran SUPERB berjumlah sehingga RM 500,000.

“YAB Perdana Menteri telah melancarkan program SUPERB pada September 2013 ketika Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di UiTM, Shah Alam.

“Program SUPERB ini dibentuk dengan tujuan untuk membantu syarikat- syarikat startup serta usahawan muda Bumiputera membawa idea perniagaan mereka yang kreatif dan inovatif berkembang ke peringkat yang lebih tinggi.

“Saya amat berbangga kerana hasil dari program SUPERB ini, ada di antara beberapa idea perniagaan peserta SUPERB telah berjaya direalisasi dan ada juga yang telah mendapat perhatian beberapa tokoh perniagaan sebagai potensi pelaburan atau pun kerjasama komersil,” jelasny

Terdahulu, Musa turut menyampaikan geran berjumlah lebih RM 112,000 kepada tiga usahawan daripada 40 usahawan yang telah diluluskan menerima manfaat daripada Program Dana Usahawan Bumiputera Sabah yang merupakan usaha kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Sabah menerusi Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).

Katanya, geran tersebut adalah untuk membantu pembiayaan modal, penyediaan peralatan untuk perkembangan perniagaan dan sebagainya.

“Kerajaan turut prihatin terhadap prestasi usahawan mikro dan memandang serius segala usaha yang dapat melonjakkan keusahawanan negara.

” Saya berharap menerusi kerjasama ini, usahawan Bumiputera di seluruh negara dapat terus bergerak maju dan berdaya saing. Kolaborasi strategik ini tentumya akan menaiktaraf komuniti usahawan Bumiputera dalam memajukan ekonomi negara secara menyeluruh melalui keusahawanan,” jelasnya.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman serta dif- dif jemputan lain. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan