Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tiga beranak nahas kemalangan

Anggota bomba sedang memadamkan api dari kereta tiga sekeluarga yang sedang terbakar itu.Gambar SNT/Ehsan Bomba

KOTA KINABALU: Tiga mangsa korban kemalangan dekat Kampung Hobut semalam adalah tiga sekeluarga berasal dari Kampung Tambuluran, Kudat.

Ketua Polis Daerah Kudat Supt Douglas Nyeging Taong dilaporkan Bernama sebagai berkata tiga beranak itu dikenal pasti Sagandal Soborong, 59, isterinya Talina Gunsidat, 59, dan anak perempuan mereka Racy, 19.

Beliau berkata ketika kejadian keluarga itu dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis perkahwinan di Matunggong.

“Dalam kejadian 8.27 malam itu, kereta mangsa jenis Proton Saga dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori dari arah Kudat menuju ke Kota Kinabalu.

“Tempat kejadian merupakan puncak bukit, keadaan jalan raya dari kedua-dua arah Kudat-Kota Kinabalu lurus berturap (tetapi) kawasan jalan gelap dan tidak berlampu,” katanya.

Douglas berkata pemandu lori berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

Awal pagi tadi, SNT melaporkan kenderaan mangsa terbakar selepas pertembungan itu  dan sepasukan anggota bomba dan penyelamat dari Kudat telah dikejarkan ke lokasi kejadian.- SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan