Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,397 Premis Perniagaan Di Sabah Diperiksa Dalam Ops Catut-CBP Hari Ke-4

rps20150404_175342

KOTA KINABALU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah memeriksa 1,397 premis perniagaan melalui Operasi Antipencatutan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Ops Catut-CBP) di Sabah, semalam.

Pengarah KPDNKK negeri Severinus Tukah berkata pemeriksaan yang dijalankan itu bagi memastikan pemborong, peruncit dan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan selepas pelaksanaan rejim percukaian CBP itu berkuatkuasa empat hari lepas.

Beliau berkata, dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, pemeriksaan telah dijalankan ke atas 24 pemborong, 31 peruncit, dua pasar raya besar, 46 pasar raya, 54 pasar mini, 239 kedai runcit, 381 pasar malam, 531 pasar basah, 14 gerai makan, 13 kedai makan, 61 restoran serta sebuah premis yang menyediakan perkhidmatan.

“Dalam operasi itu, satu notis (Notis 21) telah dikeluarkan kepada peniaga permaidani sekitar Segama Kota Kinabalu semalam berikutan menaikkan harga barangan di premis mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Ahad.

Katanya Notis 21 itu merupakan notis yang dikeluarkan KPDNKK kepada peniaga jika didapati menaikkan harga sesuatu barang atau perkhidmatan.

“Notis itu perlu dilengkapkan peniaga untuk dikembalikan kepada KPDNKK dalam tempoh tiga hari bekerja,” katanya

Beliau juga mengingatkan para peniaga supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah dikuatkuasakan dan tidak mengambil keuntungan lebih dengan menaikkan harga barangan.

Sebarang aduan oleh pengguna boleh disalurkan melalui talian 1-800-886-800, laman web http://eaduan.kpdnkk.gov.my atau datang sendiri ke pejabat KPDNKK di seluruh negeri Sabah.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan