Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,350 Pegawai, Anggota Polis Bertugas Pastikan Kelancaran CSPOC Di Sabah

pdrm

KOTA KINABALU : Seramai 1,350 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memastikan kelancaran Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel (CSPOC) ke-23 yang bermula esok.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun berkata anggota terlibat dibahagikan kepada beberapa tugasan dan dipertanggungjawab menjaga keselamatan di kawasan laut, darat dan udara sehingga 14 Jan ini.

“Kami perlu memastikan perjalanan lalu lintas lancar, keselamatan tempat penginapan, tempat persidangan dan tempat bakal dilawati,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat kepada anggota yang terlibat dalam Op CSPOC, di sini Jumaat.

Abd Rashid berkata pihaknya akan memastikan tahap keselamatan terjamin sepanjang persidangan yang dijalankan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah itu.

Beliau berkata seramai 50 speaker dari negara anggota Komanwel dijangka menghadiri persidangan itu.

Katanya, sepanjang tempoh persidangan itu, tiada laluan ditutup malah beliau meminta orang ramai memberikan kerjasama yang baik agar tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan