Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

134 Ketua Jabatan, Agensi Persekutuan ikrar bebas rasuah

Kota Kinabalu : Seramai 134 ketua-ketua jabatan dan badan berkanun Persekutuan di negeri ini melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR), pagi tadi.

Ikrar tersebut diketuai oleh Set​i​ausaha Persekutuan Negeri Sabah, Datuk Nor Rizan Mohd Thani disaksikan oleh Pengarah Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, Datuk Sazali Salbi.

Sazali ​berkata, sehingga pagi tadi s​e​banyak 58 majlis IBR telah dilaksanakan oleh jabatan, agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta pihak swasta di negeri ini.

“Sejak IBR diperkenalkan di Sabah, sambutan daripada penjawat awam adalah sangat baik khususnya daripada Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Aman ​yang turut telah menandatangani IBR bersama menteri-menteri kabinet Sabah dan disusuli dengan jabatan-jabatan negeri dan persekutuan.

“Kita ​me​lihat ada peningkatan kesedaran orang awam untuk membantu SPRM dalam mencegah rasuah dan salah guna kuasa melalui peningkatan penerimaan maklumat yang meningkat.

“SPRM juga menggalakkan agensi-agensi Badan Bukan Kerajaan (NGO), agensi swasta, Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta ​serta ahli-ahli politik untuk melafaz IBR,” katanya​ ketika ditemui media selepas ​pembacaan ​IBR di Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabata​n​/Badan Berkanun Persekutuan di Sabah.

​Beliau turut menyeru orang ramai untuk tampil ke hadapan membuat laporan atau memberi maklumat berkenaan aktiviti rasuah atau penyalahan guna kuasa dengan syarat laporan tersebut perlu dibuat dengan ​hati suci,​ beserta ​niat yang baik bukan untuk menganiaya orang.

“Untuk makluman, di Malaysia ​terdapat dua akta yang digunakan iaitu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat ​iaitu orang-orang yang memberi maklumat tersebut kita rahsiakan dan kita akan ​mem​beri perlindungan kepada mereka.

“Atau pun, kita menggunakan Akta Perlindungan Saksi ​​​​di mana kita boleh berikan identiti, pekerjaan dan tempat tinggal ba​ha​ru di bawah akta ini bagi melindungi pengadu, saksi atau pemberi maklumat.

“Kedua-dua akta ini diperkenalkan oleh kerajaan untuk memberi pe​r​lindungan penuh kepada pemberi maklumat dan juga yang ingin menjadi saksi sebagai usaha kepada masyarakat agar dapat memberi laporan kepada SPRM,​​” jelasnya.
​​
Sazali turut memaklumkan, ​​Ketua Pesuruhjaya SPRM​, Tan Sri Dzulkifli Ahmad​ ​akan mengadakan program turun padang sebagai usaha untuk berjumpa masyarakat dengan pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan di Tenom b​ertujuan mendekatkan SPRM dengan masyarakat pada 10 hingga 12 November ini./Penerangan-

Nor Rizan (dua dari kanan) mengetuai bacaan ikrar yang disaksikan oleh Sazali (kanan).

Komen


Berita Berkaitan