Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

13,145 PATI di Sabah diusir sejak Januari

9:17am 29/06/2016 Pak Roshan 307 views Berita Pilihan,Mutakhir,Sandakan,Tempatan
RODZI (dua kiri) meninjau proses dokumentasi PATI yang dihantar pulang menerusi Pelabuhan Sandakan, malam tadi. - Foto Juzaimie Jazlan.

RODZI (dua kiri) meninjau proses dokumentasi PATI yang dihantar pulang menerusi Pelabuhan Sandakan, malam tadi. – Foto Juzaimie Jazlan.

SANDAKAN: Seramai 13,145 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) diusir pulang ke negara masing-masing sejak 1 Januari tahun ini hingga semalam.

Daripada jumlah itu, seramai 10, 761 orang adalah warga Filipina, diikuti 2,289 warga Indonesia, manakala 95 orang membabitkan lain-lain warga negara.

Setiausaha Keselamatan Negeri, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah, Rodzi Md Saad, berkata MKN Sabah komited menghantar pulang semua PATI secara berterusan.

Beliau berkata, penghantaran pulang dilakukan melalui pelabuhan Sandakan dengan kekerapan dua kali seminggu dan sekali seminggu melalui Pelabuhan Tawau.

“Bagaimanapun, jika ada keperluan penghantaran pulang segera, kita akan laksanakan penghantaran tanpa tertakluk kepada jadual,” katanya kepada media ketika memantau penghantaran pulang 490 PATI warga Filipina di Pelabuhan Sandakan, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, usaha penghantaran dilaksanakan secara serius membuktikan kesungguhan kerajaan membebaskan Sabah daripada masalah PATI.

“Usaha ini perlu disokong segenap lapisan masyarakat termasuk tidak melindungi PATI terbabit. Sebaliknya orang ramai diminta bekerjasama melaporkan kehadiran mereka di kawasan masing-masing kepada pihak berkuasa supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya.

Rodzi berkata, jumlah keseluruhan PATI yang diusir pulang ke negara asal mereka sejak tahun 1990 hingga kini ialah 543, 086 orang.

“Jumlah tahanan masih ada di empat Pusat Tahanan Sementara (PTS) di negeri ini sekarang seramai 4,989 orang.

“Daripada jumlah itu, 1,666 orang ditahan di PTS Kota Kinabalu, manakala PTS Papar (1,353 orang), PTS Sibuga (1,049 orang) dan PTS Tawau (921 orang),” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan