Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

130 pelajar terima bantuan Tabung Pendidikan One Place Mall

5:06pm 16/07/2016 Elezebeth Esther Onjining 40 views Tempatan
Yahya (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan Tabung Pendidikan One Place Mall kepada salah seorang penerima.

Yahya (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan Tabung Pendidikan One Place Mall kepada salah seorang penerima.

PUTATAN- Seramai 130 pelajar menerima bantuan berupakan wang bernilai RM 250 daripada Tabung Pendidikan One Place Mall, hari ini.

Penyerahan sumbangan itu melibatkan 20 buah sekolah termasuk empat buah sekolah menengah sekitar daerah Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata para penerima perlu memanfaatkan bantuan yang diberi sebaik-baiknya.

Selain itu, beliau berkata usaha murni itu perlu dicontohi oleh semua syarikat di negeri ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Yong dan Isteri Datin Mary Yong serta Pengerusi Pusat Beli Belah One Place, Poh Wing Hiung.

Dalam majlis sama, Yahya turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas daripada Persatuan Aktiviti Warga Emas (PAWE) UTC Kota Kinabalu dan orang ramai. – Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan