Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

13 telefon dengar keluhan rakyat

13 telefon

Jakarta: Timbalan Gabenor Jakarta Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) mengaku menggunakan 13 telefon bimbit sebagai memenuhi keperluan mendengar keluhan warga kota raya itu.

Kata Ahok, bagaimanapun semua 13 telefon bimbit berkenaan dikendalikan kakitangannya.

“Semua telefon itu dilengkapi kemudahan balasan automatik.

“Maksudnya, jika ada sesiapa menghantar aduan, mereka akan mendapat jawapan secara automatik,” katanya.

Jika tiada jawapan dapat diberikan, Ahok berkata, dia akan menjawab sendiri persoalan berkenaan.

“Kakitangan saya akan memberikan jawapan secara langsung bagi persoalan tertentu,” katanya kepada media selepas menghadiri pelancaran saluran televisyen dalam talian Komisi Pembanterasan Rasuah, TV Kanal, semalam.

Ahok berkata, telefon bimbit itu menjadi alternatif kepada dirinya bagi memantau warga Jakarta jika tidak sempat membuat lawatan turun padang. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan