Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,701

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

13 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Pulau Bum Bum

3:23pm 11/11/2016 Pak Roshan 779 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
foto ihsan pembaca

foto ihsan pembaca

SEMPORNA : Tiga belas rumah papan musnah dalam kebakaran di Kampung Ampalang di Pulau Bum Bum, pagi tadi, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.01 pagi dan tiba ke tempat kejadian kira-kira sejam kemudian.

“Seramai lapan anggota bergegas ke tempat kejadian dan kami berjaya mengawal kebakaran pada 8.51 pagi.

“Memandangkan kebakaran berlaku di pulau, bomba terpaksa menggunakan pam angkut dan menyedut air laut, di samping terdapat empat anggota Pasukan Bomba Sukarela dan orang kampung turut membantu memadamkan kebakaran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, setakat ini jumlah mangsa terlibat masih belum diketahui dan punca kebakaran serta jumlah kerugian sedang disiasat.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan