Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

13 rumah hangus terbakar di Sandakan

sandakan

SANDAKAN: Sebanyak 13 buah rumah hangus terbakar di Jalan Jaya Chip, Kampung Gas di sini kira-kira 7.00 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke lokasi kebakaran untuk mengawal api kebakaran daripada terus merebak.

Seramai lapan anggota dan seorang pegawai diketuai oleh Penguasa Bomba Kanan II, Calixtus terlibat dalam operasi itu.

“Kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada jam 8.35 pagi tadi, namun operasi pemadaman bara api masih dijalankan,” menurut Pegawai Perhubungan Awam JBPM, Mohd Affendy Ramin hari ini.

Menurut beliau, tiada mangsa kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya. – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

photo_2014-12-27_11-24-14 photo_2014-12-27_11-24-09

Komen


Berita Berkaitan