Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

13 perkara dipersetujui dalam pertemuan dengan PM

6:47pm 21/01/2016 Pak Roshan 1122 views Mutakhir,Nasional
Tan Sri Adenan Satem

Tan Sri Adenan Satem

PETRA JAYA: Sebanyak 13 perkara dipersetujui Kerajaan Persekutuan untuk diberikan lebih kuasa pentadbiran kepada Kerajaan Sarawak dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem di Putrajaya semalam.

Adenan berkata, perkembangan itu jelas memperlihatkan keprihatinan Najib, begitu juga Kerajaan Persekutuan terhadap hak dan kepentingan negeri ini serta rakyatnya.

“Pertemuan bersama Perdana Menteri semalam yang turut disertai Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Dr Ali Hamsa), Peguam Negara (Tan Sri Mohamad Apandi Ali) dan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tan Sri Morshidi Abdul Ghani) berlangsung dalam suasana baik, malah kita berjaya mencapai konsensus membabitkan sekurang-kurangnya 13 perkara.

“Ini diyakini mampu memastikan jentera pentadbiran beroperasi secara lebih cekap, khususnya dalam usaha mengelakkan isu pertindihan kuasa yang akhirnya boleh menjejaskan program pembangunan dirancang, termasuk isu kelewatan (projek),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, di sini sebentar tadi sejurus kembali dari ibu negara. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang; Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi, Tan Sri William Mawan Ikom dan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong.

Adenan adalah individu bertanggungjawab menggerakkan usaha menuntut penurunan lebih banyak kuasa pentadbiran kepada kerajaan negeri oleh Kerajaan Persekutuan, dua minggu selepas mengambilalih jawatan Ketua Menteri.

Malah, beliau berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan, khususnya Najib di atas kerjasama diberikan dalam merangka mekanisme penurunan lebih kuasa pentadbiran itu.

INFO – antara 13 perkara dipersetujui

– peningkatan pengambilan Anak Sarawak dalam kerjaya perguruan bagi memastikan sekurang-kurangnya 90 peratus guru di negeri ini terdiri dari anak tempatan menjelang 2018.

– Bagi menjayakan usaha itu, keutamaan pengambilan kepada guru sandaran, seterusnya memberi peluang kepada mereka mendapatkan diploma perguruan.

– Penyertaan kerajaan negeri dalam proses pengeluaran perikanan laut dalam melalui Jawatankuasa Penilaian Permit Perikanan Laut Dalam.

– Persetujuan turut dicapai dalam konteks pelaksanaan program pembangunan Kerajaan Persekutuan di Sarawak yang perlu dirujuk atau dibincangkan bersama kerajaan negeri.

– Pelaksanaan pembangunan itu turut mengambil kira Pelan Pembangunan Lima Tahun Negeri Sarawak. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan