Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

13 pendatang tanpa izin ditahan di perairan Semporna

3:47pm 11/07/2016 Pak Roshan 612 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 13 pendatang tanpa izin ketika cuba masuk ke daerah ini dalam dua operasi di perairan Nusa Kuya dan Pulau Mataking, dekat sini, semalam.

Timbalan Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Superintendan Rosman Ismail, berkata dalam operasi pertama, empat lelaki dan tiga wanita termasuk lima kanak-kanak, berusia dalam lingkungan enam bulan hingga 47 tahun ditahan dalam sebuah bot pam di perairan Nusa Kuya, pada 7.30 pagi.

Katanya, operasi kedua di perairan Pulau Mataking, anggota PPM menahan seorang penumpang lelaki berumur 49 tahun berasal dari Pulau Bum-Bum, di sini, selepas bot pam yang dinaikinya ditahan pada jam 11.40 pagi.

“Dalam operasi seterusnya, pasukan peronda menahan sebuah bot dinaiki empat lelaki berusia antara 20 hingga 60 tahun dipercayai sedang menuju ke perairan Filipina di perairan Pulau Bohayan, kira-kira jam 12 tengah hari.

“Pemeriksaan lanjut kemudian menemui empat paket plastik lut sinar bersaiz besar berisi hablur jernih dipercayai syabu seberat 200.8 gram dianggarkan bernilai RM16,000 yang disembunyikan di belakang tempat duduk pemandu bot,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain perahu dan enjin sangkut, turut dirampas ialah 10 kotak kopi jenama Cap Lampu, 10 batang besi keluli dan empat unit telefon bimbit pelbagai jenama.

Katanya, semua yang ditahan dan barang rampasan dibawa ke Pangkalan PPM Semporna untuk siasatan lanjut masing-masing mengikut Akta Imigresen 1959/1963 dan Akta Dadah Merbahaya 1952. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan