Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

13 Pati Ditahan Dalam Op Bersepadu PTI Di Kota Kinabalu

6:57pm 07/10/2016 Pak Roshan 65 views Jenayah,Mutakhir
gambar hiasan

gambar hiasanpati

KOTA KINABALU : Polis menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam ‘Op Bersepadu PTI’ di beberapa rumah sewa dan perumahan setinggan di sekitar pusat bandar raya ini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata kesemua yang ditahan itu hasil pemeriksaan terhadap 25 individu dalam operasi lebih 6 jam bermula 1 pagi di rumah sewa di Sinsuran, Kingfisher dan perumahan setinggan berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

“Polis turut menahan seorang lelaki yang didapati positif dadah dalam ujian air kencing,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata semua tahanan dibawa ke lokap berpusat Kota Kinabalu setelah didokumentasi di Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu.

Beliau berkata operasi itu dilaksanakan berikutan aduan orang awam dan tumpuan operasi adalah kawasan yang berpotensi sebagai sarang penjenayah dan pengedaran dadah di sekitar Kota Kinabalu.

“Operasi meroboh beberapa rumah setinggan yang dikenal pasti di kawasan berhampiran bangunan DUN Sabah dan Kingfisher oleh pihak berkuasa akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Menurutnya operasi yang berakhir pada 6.30 pagi itu diketuai tiga pegawai bersama 64 anggota termasuk daripada pelbagai agensi antaranya Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan