Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

13 PATI cuba susup keluar ditahan

ANGGOTA tentera menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas barang kawalan di percayai cuba menyusup keluar dari negara ini melalui perairan FELDA Sahabat, di Lahad Datu. – Foto ihsan ATM

 

LAHAD DATU: Sepasukan anggota tentera dari Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) menahan 13 pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai cuba menyusup keluar dari negara ini melalui perairan FELDA Sahabat, kelmarin.

Kesemua PATI terbabit yang dalam perjalanan ke perairan Sibutu, Filipina menggunakan bot pancung, ditahan kira-kira jam 10.30 malam.

Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan empat wanita berusia antara satu hingga 61 tahun, ditahan selepas bot dinaiki dipintas Kapal Diraja (KD) Sri Perlis hasil maklumat radar.

Komander ATB 2, Brigedier Jeneral Zarondin Md Amin, berkata pemeriksaan awal oleh pasukan penggeledahan mendapati kesemua PATI berkenaan tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

Katanya, 49 tong berisi 1,225 liter petrol, 13 tong gas dan barang keperluan harian turut ditemui yang dipercayai cuba diseludup keluar untuk pasaran negara jiran.

“Kesemua suspek dan bot terbabit diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“MK ATB 2 akan sentiasa berwaspada dan memantau keselamatan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) terhadap semua elemen yang cuba memasuki atau keluar secara haram melalui perairan negara,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi. – BH ONLINE

49 tong berisi 1,225 liter petrol, 13 tong gas dan barang keperluan harian turut ditemui yang dipercayai cuba diseludup keluar untuk pasaran negara jiran. – Foto ihsan ATM

Komen


Berita Berkaitan