Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

13 maut bot dinaiki karam

gambar hiasan
gambar hiasan

Athens: Sekurang-kurangnya 13 maut, kebanyakannya kanak-kanak, selepas bot plastik kecil dinaiki mereka dari Turki ke Eropah karam di pulau kecil di Greece.

Pengawal pantai berkata, 15 yang lain berjaya diselamatkan manakala seorang lagi mangsa hilang dicari. mangsa yang maut dikenal pasti tujuh budak, empat lelaki dan dua wanita.

Kejadian berlaku sebelum subuh semalam di pulau Farmakonissi di Laut Aegean. Punca kejadian masih belum diketahui.

Sehari sebelumnya, agensi berita Turki, Anadolu melaporkan 11 pendatang yang menuju ke pulau Samos, Greece, mati lemas selepas bot dinaiki karam. Mangsa termasuk tiga kanak-kanak, manakala tujuh orang berjaya diselamatkan.

Agensi itu melaporkan pendatang terbabit dijumpai pengawal pantai Turki yang melakukan rondaan.

Organisasi Antarabangsa untuk Imigran (IOM) berkata, lebih sejuta orang memasuki Eropah setakat Isnin lalu. Hampir semuanya datang melalui laut dengan 3,692 mati lemas ketika perjalanan.

Sekurang-kurangnya 820,000 pendatang dan pelarian sampai ke pulau di timur Greece tahun ini. Hampir semuanya meneruskan perjalanan mereka ke utara dengan harapan dapat membina kehidupan lebih baik di negara Eropah kaya. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan