Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,731

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

13 lagi mati lemas

9:00am 02/11/2015 Pak Roshan 51 views Global
MAYAT seorang kanak-kanak terdampar di pantai Pulau Lesbos, semalam, selepas bot yang dinaikinya dari pantai di Turki, karam di Laut Aegean.

MAYAT seorang kanak-kanak terdampar di pantai Pulau Lesbos, semalam, selepas bot yang dinaikinya dari pantai di Turki, karam di Laut Aegean.

Athens: Tiga belas pendatang, termasuk enam kanak-kanak – empat daripada mereka bayi – mati lemas semalam dalam tragedi terbaru menimpa mereka yang melarikan diri dari peperangan dan kemiskinan.

Kejadian berlaku di luar pantai Samos, Greece.

Pasukan pengawal pantai berkata, 10 mangsa ditemui di dalam kabin bot yang terbalik ketika menyeberang dari pantai Turki yang berhampiran.

Satu mayat kanak-kanak perempuan di temui terdampar di pantai pulau itu selepas dibawa arus.

Pasukan pengawal pantai Greece berkata, mereka menyelamatkan 15 orang selepas bot malang itu karam ketika berada hanya 20 meter dari pantai Pulau Samos.

Ia tragedi terbaru membabitkan bot pendatang sejak Isnin lalu di pesisir pantai Lesbos, Kalymnos dan Rhodes yang menyakstikan lebih 60 orang mati lemas, sekurang-kurangnya 28 daripada mereka kanak-kanak.

Jumaat lalu sahaja 22 orang, termasuk 17 kanak-kanak mati ketika cuba menyeberang Laut Aegean dari Turki, tempat dua juta rakyat Syria mencari perlindungan selepas melarikan diri dari peperangan di negara mereka.

Dua hari sebelum itu, 24 pendatang, 11 daripada mereka kanak-kanak mati dalam lima kejadian bot karam di luar pantai Lesbos, Samos dan Agathonissi.

Dengan ketibaan musim sejuk dan kebimbangan Eropah akan menutup pintu kepada pelarian, lebih 80 orang, kebanyakannya kanak-kanak mati lemas ketika cuba menjejaki Greece sepanjang Oktober, menurut kiraan AFP.

Agensi pelarian PBB (UNHCR) berkata, seramai 580,125 pendatang mendarat di pantai Greece sejak awal tahun ini. Jumlah itu adalah sebahagian daripada 723,221 pendatang yang menyeberang Laut Mediteranean untuk ke Eropah.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan