Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

13 korban bom dalam masjid polis

blastt.jpg.transformed

Riyadh: Serangan bom nekad terhadap sebuah masjid ibu pejabat pasukan khas Arab Saudi di bandar Abha, selatan negara itu menyebabkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, hari ini.

Menurut AFP yang memetik laporan stesen televisyen El-Ikhbariya, letupan berlaku ketika jemaah sedang solat dalam masjid yang digunakan pasukan khas Arab Saudi.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri mengesahkan serangan itu yang menyebabkan lebih 13 orang maut dan antara mangsa ialah anggota polis Pasukan Khas Kecemasan.

Menurut jurucakap itu, siasatan awal mendapati serangan dilakukan penyerang nekad yang memakai jaket berisi bahan letupan.

Laporan El-Ikhbariya sebelum itu menyatakan 17 terbunuh dan menurut Reuters, antara yang terbunuh ialah 10 anggota pasukan khas berkenaan serta tiga pekerja manakala sembilan mangsa lagi cedera.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu yang berlaku selepas Arab Saudi menahan kira-kira 400 penyokong kumpulan Negara Islam . – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan