Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,767

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

13 Hari Sahaja Dibuka

9:55am 04/09/2016 Pak Roshan 4236 views Global
GAMBAR fail, jambatan berkenaan ketika dibuka kira-kira dua minggu lalu.

GAMBAR fail, jambatan berkenaan ketika dibuka kira-kira dua minggu lalu.

Beijing: Jambatan kaca terpanjang di dunia yang dibina merentasi gaung di China, ditutup semalam, kira-kira dua minggu selepas dibuka.

Lebih 10,000 pelawat mengunjungi jambatan yang mencatatkan rekod baru Guinness itu sehari sedangkan rancangan asal ialah mengehadkan 8,000 pelawat sehari.

“Jambatan itu menjalani proses meningkatkan sistem dalaman,” lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan pegawai.

Ia bagaimanapun tidak menyebut bila jambatan itu akan dibuka semula.

Syarikat yang bertanggungjawab terhadap pengurusan jambatan itu berkata, ia akan mengemaskinikan sistem untuk menguruskan pengunjung, lapor Xinhua.

Dalam kenyataan di media sosialnya, syarikat itu memohon maaf kepada mereka yang sudah membuat tempahan awal.

“Kamu penipu. Saya berada di dalam kereta api ketika ini dan tidak boleh mengubah jadual perjalanan atau mendapatkan wang saya kembali. Kamu penipu nombor satu dunia,” kata seorang pengguna.

Dengan panjang 430 meter dan tergantung di atas 300 meter, jambatan itu menyambungkan tebing dua gunung di taman Zhangjiajie di wilayah Hunan, tengah China. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan