Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

13 doktor rawat budak obes

GAMBAR fail menunjukkan Arya di rumah keluarganya.
GAMBAR fail menunjukkan Arya di rumah keluarganya.

Bandung: Hospital Hasan Sadikin di sini mengerahkan 13 doktor untuk memantau dan merawat Arya Permana, kanak-kanak berusia 10 tahun yang mempunyai berat badan mencecah 190 kilogram.

“Satu pasukan seramai 13 doktor, termasuk pakar amalan pemakanan kanak-kanak, pakar pembesaran kanak-kanak, radiologi, pakar bedah, pakar ortopedik, psikiatris dikerah merawat Arya,” kata Pengarah Perubatan dan Rawatan hospital itu, Dr Nucki Nursjamsi Hidayat, semalam.

Menurutnya, antara tugas pasukan itu ialah mengkaji punca yang menyebabkan kanak-kanak berkenaan menderita obes terlampau berbanding usianya.

Selain itu, kata Nucki, mereka juga akan mengatur program diet untuk membantu berat badan Arya turun hingga ke paras ideal.

“Kami juga akan membimbing keluarganya bagi memastikan program yang dijalani Arya di hospital dilanjutkan di rumah. Jika tidak, usaha kami sia-sia,” katanya.

Arya disahkan sihat ketika menjalani pemeriksaan minggu lalu.

“Keadaan fizikalnya, Alhamdulillah, masih terkawal. Jantung, paru-paru juga tidak ada masalah. Kegemukannya hanya di sebalik kulit. Kami akan cari puncanya,” kata ketua pasukan perubatan, Dr Julistyo TB.

Arya dimasukkan ke hospital berkenaan tengah hari kelmarin. – Antara/HMetro

Komen


Berita Berkaitan