Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

13 anak yatim terima sumbangan pesara guru

LABUAN-  13 orang anak yatim di Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru menerima sumbangan wang tunai dan kuih raya daripada Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (5-PM), Daerah Cawangan Wilayah Persekutuan Labuan.

Menurut Pengerusinya, Datin Dayang Pungut Abd Jalil, program tahunan yang dinamakan ‘Kami Sayang Kamu’ itu bertujuan membantu golongan yang memerlukan seperti anak-anak yatim dalam meringankan beban mereka disamping dapat memberi sedikit keceriaan dalam merayakan Aidilfitri yang bakal menjelang.

“Segala sumbangan ini adalah hasil derma semua ahli-ahli persatuan sebagai amal jariah serta peranan kami sebagai pesara guru dalam membantu masyarakat”, ujarnya.

“Program ini dikendalikan oleh Biro Agama persatuan kami dan diharap ianya dapat memberikan sedikit kegembiraan buat semua penerima untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba”, ujarnya lagi.

“Saya juga bagi pihak persatuan merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak Sekolah Kebangsaan Tanjung Aru atas kerjasama menjayakan program itu dan kami akan terus memainkan peranan untuk menyumbang kepada masyarakat dengan apa jua pendekatan yang dirasakan bersesuaian,”katanya semasa ditemui di program yang diadakan di sekolah tersebut pada Isnin.

Hadir sama pada program itu adalah Guru Besar SK Tanjung Aru, Murni Jaafar, Naib Pengerusi 1 (5-PM), Daerah Cawangan W.P Labuan, Datuk Abdul Rahman Lamudin, Naib Pengerusi 2  (5-PM), Daerah Cawangan W.P Labuan, Jamilah Ohang berserta 12 ahli 5-PM yang lain.-Penerangan Labuan

Salah seorang anak yatim menerima sumbangan daripada Dayang (kanan) sambil diperhatikan Abdul Rahman dan Murni.

Komen


Berita Berkaitan