Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

129 pemandu disaman, 9 ditahan

Anggota trafik membuat pemeriksaan terhadap pengguna jalanraya dalam sekatan jalanraya. - foto ihsan Polis Trafik Kota Kinabalu
Anggota trafik membuat pemeriksaan terhadap pengguna jalanraya dalam sekatan jalanraya. – foto ihsan Polis Trafik Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Sebanyak 129 keping saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam dua sekatan jalan raya berasingan di sekitar bandaraya ini awal pagi ini.

Polis Trafik Cawangan Kota Kinabalu dalam satu kenyataan memberitahu, daripada jumlah itu sebanyak 101 saman Pol 170A dikeluarkan terhadap pemandu, manakala 28 orang lagi menerima saman Pol 257.

Sementara itu, sembilan pemandu lain turut ditahan mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol yang berlebihan.

Antara motorsikal yang disita dalam operasi itu. - foto ihsan Polis Trafik Kota Kinabalu
Antara motorsikal yang disita dalam operasi itu. – foto ihsan Polis Trafik Kota Kinabalu

Seramai 10 anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah dan 19 anggota cawangan trafik Kota Kinabalu terlibat dalam operasi itu yang dijalankan di Jalan Costal dan Jalan Kolam Luyang pada pukul 2.30 hingga 4.30 pagi tadi.

Jelas kenyataan itu lagi, sebanyak 45 buah kenderaan dan 55 individu diperiksa dalam sekatan tersebut dan daripada jumlah itu sebanyak 10 buah motosikal disita atas berbagai kesalahan mengikut Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

M-Cad digunakan sepenuhnya dilokasi tersebut untuk pemeriksaan Sistem PDRM (Saman) dan Sistem JPJ (Lesen memandu/cukai jalan/pemilik kenderaan). – oleh Nuzir Andi Samsiar / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan