Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1,268 pelajar menerima Akhbar Pendidikan Tutor

9:08pm 25/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 11 views Pendidikan,Tempatan

datuk yahya hussin

PUTATAN- Seramai 1,268 orang dari enam buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.18 Petagas menerima Akhbar Pendidikan Tutor, terbitan Utusan Malaysia untuk Sekolah Rendah dan Menengah.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata penyerahan akhbar tersebut adalah bertujun bagi memajukan dan memmbangunkan pelajar- pelajar dengan menyediakan bahan rujukan dalam pendidikan.

“Usaha kita melalui penajaan akhbar pendidikan Tutor diharap dapat membantu mereka untuk membuat persediaan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Tahap Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),”katanya.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Ishar Ramli sempenan Majlis Penyerahan Akhbar Pendidikan Tutor, terbitan Utusan Malaysia untuk sekolah Rendah dan Menengah di DUN N.18 Petagas di SK Kem Lok Kawi, disini, hari ini.

Penajaan Akhbar Tutor tersebut melibatkan enam buah sekolah di kawasan DUN N.18 Petagas, iaitu lima sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah. Diantaranya ialah SK Petagas, SK Tombovo, SK Kem Lok Kawi, SK Tansau, SJK (C) Hwa Siong dan SMK Tansau.

Menurut beliau lagi, sejumlah 34,655 akhbar Tutor akan diedarkan sepanjang 20 minggu dan sebanyak RM24,000 telah diperuntukkan dalam penajaan ini.

Terdahulu, katanya, prestasi kesemua lima buah sekolah rendah di DUN Petagas telah meningkat dari segi kuantiti dan kualitinya pada Peperiksaan UPSR 2015 secara keseluruhan. Manakala prestasi Pentaksiran PT3 Tahun 2015 adalah lebih baik berbanding Tahun 2014 bagi SMK Tansau.

Beliau turut berharap agar semua Guru Besar, Pengetua serta kakitangan akademik di sekolah dapat memanfaatkan akhbar Tutor ini sepenuhnya di dalam bilik darjah demi faedah untuk para pelajar dalam menghadapi peperiksaan akan datang.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan