Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

126 PATi ditahan dalam Ops Cantas Khas

OpsCantas

TAWAU: Polis menahan 126 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Cantas Khas yang diadakan di Kampung Hidayat Batu 4, Jalan Apas dekat sini Khamis.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi itu yang berlangsung selama empat jam bermula pada jam 4 pagi, seramai 61 lelaki dan 65 wanita berumur 2 hingga 70 tahun ditahan kerana tidak memiliki dokumen yang sah.

Ops Cantas Khas itu tutut disertai seramai 113 anggota daripada Jabatan Pendaftaran Negara, SESB dan Rela.

Komen


Berita Berkaitan