Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,254 Pegawai Penjara terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Dato' Zulkifli memberikan sijil kepada salah seorang penerima ketika majlis tersebut.
Dato’ Zulkifli memberikan sijil kepada salah seorang penerima ketika majlis tersebut.

KOTA KINABALU: Seramai 1,254 orang Pegawai Penjara Malaysia dari pelbagai peringkat jawatan terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2015.

Menurut Komisioner Jeneral Penjara Malaysia Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Omar, penganugerahan itu adalah salah satu tanda penghargaan atas perjuangan dan pengorbanan dalam mendidik dan memulihkan penghuni yang pernah tersalah langkah dalam kehidupan untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

“Sememangnya Jabatan Penjara berperanan besar dalam mengubah persepsi masyarakat terhadap tingkahlaku dan sahsiah mereka yang pernah menghuni penjara dan tentang program-program pemulihan yang sebenarnya berlaku di sebalik tembok penjara.”

“Pemulihan di dalam penjara menjadi asas kepada permulaan pembentukan kembali sahsiah diri penghuni dengan ilmu disiplin diri, pendidikan akademik, ilmu agama dan latihan kemahiran, “katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 dan Penyampaian Pingat Jabatan Penjara Malaysia Zon Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini, hari ini.
Seramai 132 orang kakitangan penjara peringkat Negeri Sabah telah dipilih sebagai penerima Sijil Penghargaan serta sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN) bernilai RM1,000.00 dalam majlis tersebut. –Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Komen


Berita Berkaitan