Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

124 pendatang tanpa izin ditahan dalam ‘Ops Gasak’

 

Operasi Ops Gasak yang sedang dijalankan,
Operasi Ops Gasak yang sedang dijalankan,

SANDAKAN- Seramai 124 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan semasa Ops Gasak di sekitar bandar ini telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk urusan penghantaran pulang ke negara asal mereka.

Pengarah Pasukan Siasatan Khas/Teknikal Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) SAC Rosli Mohd Isa berkata secara keseluruhannya, pihaknya berjaya memeriksa seramai 915 orang dalam operasi selama tiga hari itu bermula 6 Ogos lalu.

Katanya, daripada jumlah itu, 323 orang telah dibawa ke Pusat Tahanan Sementara Sandakan untuk tapisan dan pemeriksaan. Selepas tapisan dibuat, 124 orang PATI ditahan dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

“Kesemua mereka ditahan di tiga kawasan perkampungan setinggan iaitu penempatan haram berhampiran rumah pangsa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Kampung Mangkalinau dan Kampung Melayu Batu 8.

“Mereka ditahan kerana tidak memilik dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya selepas meninjau Ops Gasak di Kampung Melayu, dekat sini, kelmarin.- OLEH MONICA GIDUNG / sayangsabah.

 

Komen


Berita Berkaitan