Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

124 pelajar Politeknik Kota Kinabalu sertai Kempen Zero Trash

DULLAH (Kanan) menyampaikan cenderamata kepada David (kiri) sempena majlis perasmian Kempen 'Zero Trash' di Dewan Serbaguna Kg Sembulan Tengah, disini, hari ini.
DULLAH (Kanan) menyampaikan cenderamata kepada David (kiri) sempena majlis perasmian Kempen ‘Zero Trash’ di Dewan Serbaguna Kg Sembulan Tengah, disini, hari ini.

KOTA KINABALU- Seramai 124 pelajar Politeknik Kota Kinabalu menyertai program khidmat masyarakat (CSR) ‘Kempen Zero Trash’ di Dewan Serbaguna Kampung Sembulan Tengah, disini, hari ini.

Program selama sehari itu merupakan anjuran bersama antara Politeknik Kota Kinabalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan sembilan buah hotel di sekitar daerah berkenaan.
Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, program tersebut dapat membantu menyedarkan dan meningkatkan kesedaran banyak pihak khususnya masyarakat Kampung Sembulan Tengah mengenai kepentingan menjaga kebersihan.
“Keberseihan alam sekitar perlu dijaga untuk menjaga imej Bandaraya Kota Kinabalu di mata pelancong. Apabila persekitaran bersih, maka dengan secara tidak lansung dapat menarik perhatian pelancong untuk berkunjung ke sini khususnya pelancong dari luar negara,”katanya.
beliau berkata demikian ketika merasmikan ‘Kempen Zero Trash’. Teks ucapan beliau dibaca oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, David Jasmi.
Dalam masa sama, beliau turut menyeru kepada semua pihak khususnya masyarakat setempat Kampung Sembulan Tengah agar menjaga kebersihan persekitaran sekaligus membanteras virus Zika dan denggi yang berleluasa.
Hadir sama, Timbalan Pengarah Akademik (TPA) Politeknik Kota Kinabalu, Dullah Muluk. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan