Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

124 buaya mati lemas

GAMBAR disiarkan Pejabat Pendakwa Persekutuan bagi Perlindungan Alam Sekitar Mexico (PROFEPA) menunjukkan bangkai buaya di Chetumal, Quintana Roo.
GAMBAR disiarkan Pejabat Pendakwa Persekutuan bagi Perlindungan Alam Sekitar Mexico (PROFEPA) menunjukkan bangkai buaya di Chetumal, Quintana Roo.

Mexico City: Lebih 120 buaya mati akibat lemas kerana saling dihempap ketika dipindahkan menggunakan lori di Mexico.

Syarikat hidupan liar, Cocodrilos Exoticos yang berpangkalan di Quintana Roo kini berdepan denda bayaran antara 50 hingga 50,000 peso (RM800-RM801,000), kata pejabat pendakwa raya alam sekitar.

Sebanyak 124 reptilia itu adalah antara 350 buaya Morelet dari ladang lain – Cocodrilos Mexicanos – di Sinaloa, kata pejabat itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, 124 daripadanya didapati mati apabila tiba di kemudahan pemuliharaan hidupan liar Cocodrilia di Chetumal, kira-kira 2,500 kilometer dari tempat asalnya.

“Haiwan itu dipercayai mati lemas dan ada antaranya kerana dihempap sepanjang perjalanan,” katanya.

Gambar disiarkan pejabat itu menunjukkan lori besar berkenaan dengan beberapa bangkai buaya di atas lantai termasuk satu yang lehernya patah. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan