Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1,236 Km Jalan Raya Sabah Dinaik Taraf Di Bawah Projek Lebuhraya Pan Borneo

7:06pm 18/04/2016 Pak Roshan 709 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Mutakhir,Tempatan

Lebuhraya-Pan-Borneo-1-600x338-600x338

KOTA KINABALU : Sepanjang 1,236 kilometer (km) jalan raya di Sabah akan dinaik taraf di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Beliau berkata projek menaik taraf jalan itu bakal memberi manfaat kepada penduduk di Sindumin, Sipitang, Beaufort, Membakut, Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Kudat, Tamparuli, Ranau, Telupid, Lahad Datu, Tawau, Kalabakan, Serudong, Sapulut,Nabawan, Keningau dan Kimanis.

“Di bawah Program Pan Borneo Fasa 1, sepanjang 706km jalan berkembar dengan dua lorong sehala akan dibina dengan anggaran kos sejumlah RM12.86 bilion,” katanya semasa menjawab soalan Roland Chia Ming Shen (PKR-Inanam) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata antara jalan raya yang akan dibina dalam projek berkenaan ialah Jalan Sindumin-Kota Kinabalu, Jalan Kota Kinabalu-Tuaran, Jalan Tuaran-Kudat, Jalan Ranau-Telupid, Jalan Telupid-Lahad Datu dan Jalan Lahad Datu-Tawau.

Dalam perkambangan lain, DUN Sabah dimaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah melalui Lembaga Pelancongan Sabah (LPS) akan bekerjasama dengan Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) untuk menggalakkan syarikat penerbangan membuka laluan penerbangan baharu ke Sabah dari destinasi-destinasi antarabangsa.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Pang Yuk Ming berkata MAHB memperuntukan sebanyak RM10 juta untuk tujuan kerjasama berkenaan bagi tempoh 2016 hingga 2017.

Sabah kini mempunyia 146 penerbangan terus antarabangsa dengan 24,038 kapasiti tempat duduk seminggu yang menghubungkan Sabah dengan 16 destinasi iaitu Brunei, Hong Kong, Shenzen, Shanghai, Guangzhou, Hangzhou, Wuhan, Jakarta, Tarakan, Bali, Manila, Tokyo, Perth, Singapura, Seoul dan Taipei, katanya semasa menjawab soalan Datuk Abdul Mijul Unaini (BN-Banggi).

Sementara itu, Pang berkata selain mempromosikan pelancongan Sabah melalui media sosial seperti Facebook,Instagram, Twitter dan lain-lain, kementerian juga terus mencari pasaran baharu industri pelancongan Sabah melalui lawatan delegasi promosi pelancongan ke negara berpotensi.

Justeru itu, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Kamarlin Ombi mengetuai delegasi Sabah ke Pakistan sempena pelancaran penerbangan terus Malindo Air dari Kuala Lumpur ke Lahore pada 3 hingga 11 Mac lepas.

“Bagi dua bulan pertama 2016, Sabah merekodkan 531,585 pelawat dengan 198,665 orang daripadanya adalah pelawat asing, yang merupakan peningkatan 12.2 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun 2015 (490,798),” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan