Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,232 terima BR1M 4.0

Musa Aman (tengah) bersama penerima  BR1M) yang hadir di Dewan Serbaguna, Libaran.
Musa Aman (tengah) bersama penerima BR1M) yang hadir di Dewan Serbaguna, Libaran.

SANDAKAN – Kira-kira 1,232 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 menerima bantuan masing-masing yang disampaikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman di Dewan Serbaguna Libaran di Sungai Kayu, di sini hari ini.

Penerima tersebut adalah dari kawasan Sungai Sibuga seramai 920 orang manakala dan Gum-Gum pula 312 penerima.

Dalam ucapannya, Musa menjelaskan pengagihan bantuan BR1M 4.0 tersebut jelas memperlihatkan keprihatinan kerajaan menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat bagi membantu meringankan beban mereka terutama yang kurang berkemampuan.

“Saya akan berusaha untuk memastikan rakyat mendapat pembelaan yang sepatutnya kerana sebagai wakil rakyat dan pemimpin kita mempunyai tanggungjawab memastikan rakyat tidak tercicir daripada terus mendapat pembelaan,” katanya di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gum-Gum, Datuk Zakaria Edris; ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan, Datuk Ir. James Wong. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan