Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

12,139 AYAM DILUPUSKAN PADA HARI KETIGA OPERASI PENCEGAHAN AVIAN INFLUENZA DI KAULUAN

Petugas veterinar mengendalikan operasi pelupusan unggas di Kauluan. Gambar Fail SNT/Mohd Adam Arinin

TUARAN: Sebanyak 12,139 ekor ayam telah dimusnahkan di ladang ternakan Kauluan bagi mengawal jangkitan wabak penyakit selsema burung atau Avian Influenza selepas tiga hari operasi berjalan.

Pengarah Operasi Pengurusan Wabak Tuaran, Dr Suhaili Luisin berkata, operasi itu diteruskan hari ini dengan sebanyak 8,549 ekor ayam dilupuskan oleh anggota veterinar yang bertugas.

“Operasi pemusnahan untuk hari ini tamat pada pukul 5 petang tadi dan akan disambung semula pukup 9 pagi esok di sebuah lagi kawasan yang berada dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan wabak itu,” katanya kepada Sabah News Today.

Operasi pemusnahan haiwan itu yang bermula semalam berjalan lancar meskipun keadaan hujan lebat sehingga lewat petang tadi.

Kerja-kerja memusnahkan semua unggas di kawasan wabak itu dijangka mengambil masa sebulan bagi memastikan ia dijamin bebas daripada penyakit selsema burung.

Dalam pada itu, Jabatan Perkhidmatan Veteriner Sabah turut menasihati orang awam agar mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh jabatan itu demi kepentingan semua pihak. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan