Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

121 warga jabatan pendidikan Labuan terima APC

LABUAN: Seramai 121 orang warga Jabatan Pendidikan Labuan dan seorang daripada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri telah terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2017.

Ujar Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin,pencapaian cemerlang ini merupakan pemangkin kepada usaha-usaha kerajaan dan kementerian untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara selaras dengan dengan tema APC tahun ini iaitu “Warga Cemerlang Pemangkin Transformasi Pendidikan”.

“Saya pasti, kecermerlangan prestasi yang telah ditunjukkan pada tahun 2017 ini mencerminkan saranan Perdana Menteri agar tahun 2017 menjadi “Year of Delivery” atau tahun pelaksanaan dan tahun penyampaian perkhidmatan kerajaan yang telah disahut dengan jayanya,” ujarnya lagi ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 Jabatan Pendidikan Labuan di salah sebuah hotel terkemuka, di sini, petang semalam.

Raisin juga berharap agar warga Jabatan Pendidikan Labuan terus melangkah dengan penuh cekal dan iltizam dengan memberi keutamaan dan fokus untuk menjayakan agenda kerajaan iaitu memastikan setiap projek, program dan perkhidmatan dilaksanakan dengan cepat, tepat dan berkualiti.

“Menjelang tahun 2050, pendidikan Negara bakal mengalami perubahan besar, bukan sahaja sebagai medium pengukuhan kesatuan rakyat bahkan menjadi sebuah sistem terpenting yang bakal merubah untung nasib Negara,” tegas Raisin.

“Justeru, pendidikan Negara ke arah TN50 yang memfokuskan kepada kualiti bertaraf dunia perlu kita fahami dan jiwai demi menjayakan transformasi penyampaian pendidikan,” tambah beliau.

Tambahnya lagi, sebagai warga kementerian turut memikul tanggungjawab untuk menyokong kejayaan aspirasi tersebut melalui transformasi pendidikan yang telah dilandaskan oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang kini memasuki Gelombang ke-2 (2016-2020).

“Dalam konteks ini, gerak kerja bagi menjayakan setiap inisiatif di bawah PPPM secara holistik menjadi tunjang kepada usaha kita dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk menyediakan generasi baharu masa hadapan yang mampu bersaing dan mampu melonjakkan pembangunan Negara ke arah masa hadapan menjelang tahun 2050,” Raisin menambah lagi.

Pada majlis itu, Raisin turut menyerahkan sijil APC kepada 121 penerima APC yang telah menunjukan prestasi yang cemerlang pada tahun lepas.

Turut hadir, Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan Jabatan Pendidikan Labuan, Caroline Bony, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Labuan, Awang Marten Abd Rahman serta Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Khaziyati Osman.-Penerangan Labuan

Raisin bergambar kenangan bersama para penerima.

Komen


Berita Berkaitan