Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,648

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

1,200 wifi komuniti dilaksanakan di Sabah

4:22pm 26/11/2015 Leolerry Lajius 28 views Tempatan

 

KOTA KINABALU: Sebanyak 440 lokasi telah dinaiktaraf kepada 3G dan 1,200 wifi komuniti telah dilaksanakan di Sabah sebagai usaha untuk meningkatkan kemampuan capaian internet di Sabah.

Projek Sistem Kabel Rakyat Satu Malaysia (SKR1M) yang melibatkan penyambungan kabel dasar laut dari Kota Kinabalu ke Cherating Pahang juga sedang giat dijalankan untuk meningkatkan kelajuan jalur lebar antara semenanjung dan Sabah yang dijangka siap pada suku kedua tahun 2017.

Menteri Pembangunan Sumber dan kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat, berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2016 di Persidangan DUN Sabah, mesyuarat ketiga penggal ketiga bagi menjawab soalan dari Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan (STAR-Bingkor) yang ingin tahu mengenai perancangan kerajaan untuk menambahbaik perkhidmatan Internet di Sabah termasuk pemberian Perkhidmatan Internet percuma seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor.

“Perkhidmatan internet percuma di Pulau Pinang dan Selangor merupakan insisiatif kerajaan negeri masing-masing dan Sabah juga pernah menyediakan perkhidmatan serupa melalui Connected City KK pada tahun 2010, “katanya.

Tambah beliau, projek pembinaan gentian optik BIMP-EAGA iaitu instalasi kabel dasar laut yang melibatkan rantau BIMP-EAGA (Brunei,Indonesia,Malaysia dan Philippines East Asean Growth Area) juga sedang dilaksanakan oleh pihak swasta.

“Apabila kabel ini siap capaian internet di Sabah akan menjadi lebih baik dari dari negara jiran dan kadar bayaran langgannya juga akan lebih murah,”katanya.

Siringan berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada ADUN Bingkor yang ingin tahu adakah penambahbaikkan itu juga akan meliputi kawasan pedalaman di Sabah. Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

 

siringan-gubat-361x500

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan