Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Esscom anjur Futsal Piala Komander

 Newmond ketika mempengerusikan mesyuarat itu. - foto Monica Gidong
Newmond ketika mempengerusikan mesyuarat itu. – foto Monica Gidong

SANDAKAN – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) buat julung kalinya menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Komander yang terbuka kepada semua ahli persatuan belia berdaftar di 10 daerah yang terletak di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Saingan awal kejohanan itu akan dilangsungkan secara berperingkat di semua daerah Esszone sepanjang bulan April ini.

Pengarah Bahagian Keurusetiaan Esscom, Newmond Tibin berkata juara futsal peringkat daerah akan melayakan diri ke pusingan akhir kejohanan futsal yang bakal diadakan di Lahad Datu pada bulan Mei ini.

Beliau berkata kejohanan futsal Piala Komander yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah itu, antara lain, bertujuan mengeratkan perpaduan sesama belia Esszone melalui sukan.

“Kita berharap kejohanan ini dapat memantapkan lagi rangkaian kerjasama belia Esszone terutama daripada segi penyaluran maklumat penting berkaitan keselamatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa penganjur kejohanan itu di sini. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan