Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

120 bakal berentap di Kejohanan Golf Terbuka Amatur ke-29

 

 

Peter (kiri) menyampaikan Borang Keahlian Seumur Hidup SGCC kepada Tun Juhar (kanan).                       

KOTA KINABALU: Pemain golf amatur negara bakal berentap di Kejohanan Golf Terbuka Amatur ke-29 pada 24 hingga 26 Mac ini bertempat di Sabah Golf Country Club (SGCC).

Menurut Presiden SGCC, Datuk Peter Khoo Keok Swa, kejohanan tersebut akan disertai seramai 120 pemain-pemain golf amatur dari seluruh negara.

“Sehingga kini kami telah menerima 80 penyertaan daripada pemain amatur negara dan dijangka ia akan bertambah sebelum tarikh tutup penyertaan pada 18 Mac ini.

“Pemenang akan memenangi hadiah baucar tunai bernilai RM3ribu bagi kategori lelaki dan RM2500 bagi kategori wanita berserta piala kejohanan,” Katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Haji Juhar Datuk Mahiruddin di istana negeri pagi tadi.

Terdahulu, Tun Juhar menerima kunjungan hormat daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad dan Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Mejar Jeneral (B) Dato’ Mamat Ariffin Abdullah dan rombongan.

Syed Danial dan rombongan menyampaikan Warkah Persilaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V ke Hari Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-15 dan Jamuan Santapan Di-Raja pada 24 April di Istana Negara. /PENERANGAN-

Syed Danial (kiri) berbual mesra bersama Tun Juhar (kanan).

Komen


Berita Berkaitan