Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

12 rumah, 7 kenderaan hangus

5:58pm 18/07/2016 Pak Roshan 3558 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

13690885_10154468883046004_7167295900348600938_n

PUTATAN: Sebanyak 12 unit rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Kampung Ketiau, Putatan, di sini, tengah hari tadi.

Turut terbakar, lima kenderaan dan dua motosikal dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Malaysia, Khatizah Rahaban, berkata operasi memadam bara api masih dilakukan setakat jam 4 petang ini.

“Bomba menerima panggilan pada jam 12.21 tengah hari dan tiba di lokasi kira-kira 12 minit kemudian. Api dapat dikawal pada jam 1.02 tengah hari.

“Kebakaran membabitkan 12 unit rumah yang musnah sepenuhnya selain lima kereta dan dua motosikal.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. – BH Online

13775590_10154468882901004_6947125831422093027_n

Kesan kebakaran kediaman 11 blok bangunan rumah sewa termasuk sebuah kediaman dua tingkat di Jalan Kampung Ketiau, Putatan. - Foto Mohd Adam Arinin

Kesan kebakaran kediaman 11 blok bangunan rumah sewa termasuk sebuah kediaman dua tingkat di Jalan Kampung Ketiau, Putatan. – Foto Mohd Adam Arinin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan