Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

12 premis makanan di Fujimart, Empire gagal patuhi aspek kebersihan diarah tutup

 1.        Rahman Sampe (dua kiri) bersama anggota ketika melakukan pemeriksaan terhadap seorang pengusaha premis makanan di daerah ini. - foto ihsan Unit Kesihatan Tawau
Rahman Sampe (dua kiri) bersama anggota ketika melakukan pemeriksaan terhadap seorang pengusaha premis makanan di daerah ini. – foto ihsan Unit Kesihatan Tawau

TAWAU – Sebanyak 12 premis makanan di kawasan Fujimart dan Empire, di sini diarah tutup ekoran kegagalan pemilik kedai makanan itu menjaga kebersihan di premis masing-masing dalam Ops Basmi Unit Kesihatan Persekitaran Tawau.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Tawau, Rahman Sampe berkata, tindakan itu diambil mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 atas pelbagai kesalahan dan pemilik premis diberikan tempoh 14 hari untuk berbuat demikian.

“Dalam operasi itu juga, sebanyak empat kompaun dikeluarkan. Antara kesalahan yang didapati dalam operasi berkenaan adalah premis kotor dan tidak mengikuti kursus pengendali makanan dan terdapat urungan tikus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesalahan lain adalah pengendalian makanan yang berisiko tinggi berlakunya pencemaran dan tiada sijil kesihatan premis daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan itu beliau menasihatkan semua pengusaha makanan di daerah ini mendaftar premis secara online di laman sesawang KKM atau memohon bantuan di pejabat kesihatan terdekat.

“Pemilik premis makanan dikehendaki berdaftar dengan KKM bagi mengelakkan tindakan dan semua pengusaha makanan perlu sentiasa melakukan penyelenggaraan dan memastikan premis dalam keadaan yang bersih,” ujarnya.

Menurutnya, pengusaha premis makanan juga diminta hanya menggaji pekerja yang telah menghadiri kursus serta mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Beliau menegaskan, pematuhan peraturan dan undang-undang ini penting dalam memastikan tahap kebersihan sesebuah premis sekaligus makanan yang dijual atau dihidang. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan