Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

12 Premis Dikompaun Di Kudat

tutup premis

KUDAT – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunakan (KPDNKK) cawangan Kudat mengenakan kompaun ke atas 12 premis perniagaan selepas didapati melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah KPDNKK Cawangan Kudat Nurinah Endem berkata premis yang dikompaun berkenaan adalah sebahagian daripada 2,480 premis yang diperiksa di daerah itu sejak pelancaran Ops Catut pada 15 Jan lalu.

“12 daripadanya (premis yang diperiksa) telah dikenakan kompaun melibatkan kutipan sebanyak RM1,500,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Nurinah tindakan tegas ke atas peniaga berkenaan bukan untuk membebankan tetapi untuk mendidik mereka agar lebih beretika dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan kerajaan.

Di samping itu katanya, pengguna juga perlu menyedari hak mereka dan memberi kerjasama kepada KPDNKK dengan menyalurkan aduan melalui talian 1-800 886-800 atau laman sesawang http://eaduan.kpdnkk.gov.my jika ada masalah.

Katanya pengguna juga boleh hadir terus ke pejabat KPDNKK berdekatan untuk membuat aduan bagi membolehkan agensi itu mengambil tindakan sewajarnya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan