Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

12 Persatuan Etnik Sertai Karnival Permainan Rakyat Di Sandakan

7:21pm 23/04/2016 Pak Roshan 528 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

Folklore_costumes

SANDAKAN : Sebanyak 12 persatuan etnik negeri ini menyertai Karnival Permainan Rakyat, Makanan Tradisi dan Kraf Tangan Etnik Sabah Kedua di sini, hari ini.

Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Datuk Wences Anggang berkata karnival itu diadakan bagi memperkenal kepelbagaian dan keunikan permainan rakyat, makanan tradisi dan kraftangan etnik Sabah kepada masyarakat setempat dan pelancong asing.

Karnival itu juga bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat agar dapat bersama membantu dalam memelihara dan memulihara harta warisan yang diperolehi daripada nenek moyang.

“Kita mempunyai 35 etnik yang mempunyai kepelbagaian dan keunikan budaya, oleh itu penganjuran program ini merupakan cara terbaik untuk menyedarkan masyarakat.

“Saya percaya dengan usaha seperti ini kita dapat mempromosikan dan mengetengahkan permainan rakyat, makanan tradisional dan kraf tangan etnik Sabah dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan belia,” katanya ketika merasmikan karnival itu di Kompleks Sukan Sandakan dekat sini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Datuk Jaimin Supita.

Antara yang menyertai karnival itu ialah Persatuan Kebudayaan dan Kebajikan Bajau Sama, Persatuan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Suluk, Kumpulan Kadazan Dusun Labuk, Pertubuhan dan Kebajikan Kebudayaan Masyarakat Tidong, Persatuan Seni dan Tradisi Bajau Kudat, Persatuan India Sandakan, Persatuan Perpaduan Rumpun Bugis, Persatuan Etnik Sungai Bersatu Sabah dan Persatuan Masyarakat Brunei Kampung Tanjung Aru.

Karnival itu antara lainnya memaparkan keunikan Tarian Igal-igal masyarakat Bajau, Tarian Dumpas masyarakat Dumpas dan permainan gasing masyarakat Bajau Kudat.

Selain itu, pelbagai makanan tradisional ditampilkan termasuk Tinamba Sada Luot oleh etnik Sungai Milian, minuman Lihing oleh masyarakat Kadazan, Bubur Hintalu Kemang oleh masyarakat Banjar dan Putu serta Sinagol oleh masyarakat Bajau dan Suluk.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan