Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

12 pengusaha sertai pameran Produk Usahawan Sabah

MUSA melihat produk yang dijual oleh salah seorang pengusaha IKS sempena Pameran Produk Usahawan Sabah, di Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini. Turut kelihatan Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU: Seramai 12 orang pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menyertai Pameran Produk Usahawan Sabah yang berlansung selama empat hari bermula hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata Kerajaan Negeri mengalu-alukan penganjuran program pameran produk usahawan IKS Sabah tersebut.

“Kita ucapkan tahniah kepada Kementerian Pembangunan Perindustrian yang diketuai Datuk Seri Panglima Raymond Tan yang memberikan galakan kepada peniaga- peniaga IKS untuk mempamerkan produk mereka yang bukan sahaja dijual dalam negeri malah turut dijual di luar negara,” katanya ketika ditemui media selepas melawat gerai pameran Produk Usahawan Sabah, hari ini.

Selain itu, Musa berkata Kerajaan Persekutuan dan Negeri sentiasa berusaha bagi memastikan pengusaha IKS di negeri ini terus maju dan berjaya dalam perniagaan masing- masing. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

MUSA (dua kiri) mendengar penerangan mengenai salah satu produk yang dijual pada Pameran Produk Usahawan Sabah, disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan