Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,666

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

12 maut pesawat terhempas di Papua

9:08am 15/04/2016 Pak Roshan 4 views Global
Anggota keselamatan Papua New Guinea memeriksa bangkai pesawat. - Foto ABC

Anggota keselamatan Papua New Guinea memeriksa bangkai pesawat. – Foto ABC

Sydney: Seramai 12 orang, termasuk tiga kanak-kanak terbunuh selepas pesawat ringan mereka naiki terhempas di ketika hendak mendarat di satu lapangan terbang pedalaman Papua New Guinea.

Australia mengesahkan seorang rakyatnya terbunuh dalam nahas itu yang menurut media negara berkenaan, juruterbang pesawat syarikat penerbangan Sunbird Aviation dikenali sebagai Benjamin Picard.

Komander Wilayah Barat Papua New Guinea, Joseph Puri, berkata pesawat berkenaan menghampiri lapangan terbang di bandar Kiunga apabila ia terhempas ke dalam paya cetek.

Sebuah helikopter syarikat perlombongan tempatan yang terbang di kawasan itu menerbangkan tiga mangsa yang terselamat ke sebuah hospital di Kiunga namun mereka disahkan meninggal dunia sebaik tiba. – AP/HMetro

Pesawat milik Sunbird Aviation yang terhempas . - Foto Facebook Sunbird Aviation

Pesawat milik Sunbird Aviation yang terhempas . – Foto Facebook Sunbird Aviation

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan