Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,726

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

12 Langkah Untuk Move On Dari Couple

11:38am 15/05/2016 Zakir Sayang Sabah 154 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Akhirnya anda mula sedar. Hubungan itu tidak memberikan apa-apa manfaat pun, bahkan makin menjauhkan anda daripada Allah. Anda tahu. Anda faham. Namun jauh di sudut hati, ianya kelihatan terlalu susah untuk berhenti dan mulakan hidup baru.

Pertamanya mari kita bersyukur atas nikmat hidayah yang Allah berikan. Allah masih lagi sayang pada kita dan campakkan sedikit rasa takut dan benci untuk melakukan maksiat. Tak semua orang Allah berikan nikmat itu. Maka dengan itu kita bersyukur!

“Apabila hambaKu datang kepadaKu berjalan, Aku datang padanya dengan berlari.” – [Mafhum Hadis]

Anda mungkin sering berada dalam dilema untuk keluar dari kitaran couple, lebih-lebih lagi dengan godaan syaitan yang tidak henti mengajak kita untuk cintakan perkara yang haram. Melihat nama sang kekasih di facebook, twitter dan telefon saja telah membuatkan anda tak keruan. Sememangnya tipu daya syaitan itu sangat indah.

Tapi percayalah, anda jauh lebih kuat dan hebat melawan tipu daya syaitan itu. Berusahalah untuk berubah. Bekerja keraslah mencari redha Allah. Anda tidak akan pernah menyesal selepas itu. Bagi membantu anda, kami senaraikan 12 cara untuk bebas dari couple dalam usaha mencari redha Allah.

  1. Berhenti serta-merta!

Jika anda fikir untuk downgrade hubungan itu sedikit demi sedikit, maka lupakanlah. Jika sebelumnya kalian sering keluar berdua menonton wayang, jadi atas dasar berubah secara berperingkat, kalian tidak lagi keluar menonton wayang. Kalian cuma keluar berdua untuk study group sebagai contoh.

Percayalah, ianya hanya tipu daya syaitan untuk menghalalkan cara berdating. Oleh itu berhentilah serta merta. Bahkan inilah satu-satunya langkah yang perlu dilakukan. Kerana langkah-langkah yang berikutnya hanya cara bagaimana anda mahu mengurus diri selepas itu.

  1. Hentikan angan-angan.

Apa yang sering terjadi apabila kita mahu hentikan hubungan adalah anda mula pasang angan-angan. Anda katakan pada pasangan; “Kita tengok nanti lepas 2,3 tahun kalau ada jodoh kita akan jumpa lagi.” Jangan! Kata-kata sebegini hanya akan menambah serabut hati dan perasaan kalian. Makin susah untuk move on.

  1. Putuskan semua medium perhubungan.

Nombor telefon, email, facebook, twitter dan apa sahaja yang bakal mengingatkan anda pada si dia mesti di’hapuskan’. Elakkan apa sahaja yang boleh membuatkan anda berinteraksi dengan dia. Takperlu nak stalk facebook dan instagram nak tahu apa perkembangan terbaru tentang dia.

  1. Beritahu si dia anda ingin berubah.

Dalam satu nota yang ringkas dan padat, anda mesti beritahu dengan jelas akan hasrat anda untuk berhenti dari hubungan itu. Pastikan nota itu tidak mengundang intrepetasi yang salah sehingga melukakan hati atau memerlukan kepada respon balas daripada dia. Katakan semua ini kerana ingin mencari redha Allah (it might sound cliché) tapi memang itulah tujuan kita yang sebenar.

  1. Kawal emosi.

Ini adalah antara langkah yang paling susah dalam proses ini. Pertama, turn the radio off. Musik (romantic) kebiasaanya akan menghidupkan kembali perasaan ketika berpasangan dulu. Lebih-lebih lagi lagu yang memang ada sentimental valueuntuk kalian.

  1. Dia memang bukan untuk anda!

Sesuatu yang dimulakan dengan cara yang salah, takkan menjadi betul dengan berlalunya masa. Ketahuilah jika anda benar-benar sayangkan si dia kerana Allah dahulu, anda tidak akan pernah terjebak dengan perhubungan tidak halal ini.

  • Pandangan ini hanyalah untuk tidak menggalakan permulaan perhubungan yang tidak Islamik. Walaubagaimanapun, bagi yang sudah melalui jalan ini (hubungan tak Islamik) kemudian berkahwin, ketahuilah jalan taubat dan rahmat Allah sentiasa terbuka luas.
  1. Mengadu pada Allah.

Luahkan semuanya pada Allah. Menangislah jika perlu! Allah Maha Mendengar dan Mengetahui kesedihan dan kesusahan kita. Untuk bangun tahajjud mungkin terlalu berat di permulaan taubat, jadi mulakan dengan langkah kecil. Doa sahaja, tak perlu waktu yang khusus. Yang penting kita cari Allah. Baby steps.

  1. Carilah cinta di tempat yang betul.

Hati merupakan satu ruang yang takkan pernah puas dengan cinta manusia. Hanya dengan cinta Allah hati menjadi lebih tenang dan bahagia. Kerana itulah hati manusia sering dalam resah gelisah, sentiasa mahu diisi dengan cinta manusia.

Carilah masa-masa personal dengan Allah. Berbicaralah dengan Allah melalui solat dan tilawah AlQuran. Anda akan rasakan suatu ketenangan yang tidak pernah dirasai sebelumnya.

  1. Semua ini akan berlalu.

Anda sedang dalam fasa perubahan. Dan perubahan bukan sesuatu yang mudah. Hanya yang pernah melaluinya yang mengetahui sakit dan peritnya. Tiada kata lain yang boleh diucapkan; bersabarlah.

Ketahuilah akhirnya kesakitan ini akan berlalu. Setiap kesusahan Allah akan gantikan dengan kemudahan. Yakinlah dengan janji Allah ini. Apabila kita berusaha meninggalkan maksiat kerana Allah, Allah pasti tidak akan mensia-siakan kita.

  1. Cari identiti baru.

Kalau sebelum ini, anda disibukkan dengan pasangan anda. Apa yang anda buat, ke mana sahaja anda pergi semuanya mesti di’update’ dengan pasangan. Seolahnya kehidupan anda hanya ada anda dan dia.

Ubah pola hidup, cari diri anda yang baru. Bina skill dan kemahiran yang belum pernah anda terokai. Cari hobi baru. InshaAllah selepas itu anda akan sedar anda tidak punya masa untuk bermurung memikirkan si dia lagi!

  1. Cari teman yang baik.

Apabila dikatakan tentang perubahan, tidak boleh tidak kita mesti ada suasana yang membina ke arah itu. Rakan usrah, naqib, pakcik dan makcik yang menjadi role model. Cuba lazimi bersama mereka. Anda akan dapati suatu kenikmatan apabila sentiasa berada dalam kalangan orang yang soleh.

  1. Doa yang berterusan.

Doa adalah senjata yang paling ampuh. Sejak dari hari pertama anda decide untuk berhenti dari bermaksiat, seharusnya anda tidak pernah putus berdoa supaya diberikan kekuatan. Doalah supaya Allah gantikan semua ini dengan yang lebih baik. Doalah supaya Allah terima taubat kita. Doa dan terus berdoa.

Semoga Allah beri kekuatan dan kefahaman kepada kita semua untuk terus thabat dalam mentaati perintah Allah. Harapannya langkah-langkah mudah ini dapat membantu mereka yang sedang berusaha mencari redha Allah.

(Sumber: QuranicGen.com)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan