Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

12 jelitawan rebut gelaran Miss Sabah Earth 2015

Finalis Miss Earth Sabah.
Finalis Miss Earth Sabah.

KOTA KINABALU – Sebanyak 12 finalis akan bertanding bagi merebut gelaran Miss Sabah Earth 2015 dalam pertandingan akhir yang akan diadakan di Dewan Hakka, Likas, di sini, pada Ahad ini.

Pengerusi penganjur, Victor Bryan berkata, pihaknya telah memilih tema pertandingan kali iaitu ‘Beauty for A Good Cause’.

“Bersesuaian dengan tema itu, kita telah mengatur program khusus untuk para finalis. Kita membawa mereka melawat kawasan Tanah Lembap Kota Kinabalu sebagai pendedahan terhadap eko sistem yang ada di situ,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Victor, dalam program tersebut para finalis bukan sahaja diberikan ceramah berkaitan kepentingan tanah lembap tetapi turut berpeluang menanam pokok paya bakau di kawasan itu.

Mengenai pertandingan itu, beliau menambah kesemua peserta akan mengenakan pakaian rasmi bertemakan  ‘Miss Earth Evening Dress Inspired’ dalam pusingan akhir.

Gelaran lain yang dibakal menjadi rebutan ialah peserta Paling Popular Pilihan Penonton, Paling Popular Pilihan Media Sosial, Miss Fotogenik, Pakaian Paling Menawan, Paling Kreatif dan Persembahan Pentas.

Hadiah menarik bakal menanti para pemenang pertama, kedua dan ketiga iaitu wang tunai berjumlah RM2,500, RM2,00, RM1,500 dan RM1,000. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan