Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

12 jam ditimbus lumpur

8:53am 23/06/2016 Pak Roshan 204 views Global

 

RIZA

RIZA

Purworejo (Indonesia): Seorang mangsa tanah runtuh di Jawa Tengah pada Ahad lalu ditemui masih hidup selepas 12 jam ditimbus lumpur.

Lebih menyedihkan lagi, mangsa yang dikenali sebagai Riza Oktaviani ditemui sedang memeluk mayat anak perempuannya yang berusia 18 bulan.

Riza berkata, pada kejadian kira-kira jam 7 malam (waktu tempatan itu) dia berada di rumah bersama ibu dan anaknya sebelum hujan turun dengan lebat.

“Ibu saya membuka tingkap dan berkata, hujan hari ini sangat lebat.

“Tidak lama selepas itu saya mendengar bunyi yang kuat sebelum rumah saya tiba-tiba runtuh,” katanya.

 Ujarnya, kejadian itu berlaku cepat dan dia hanya sedar berada dalam timbunan lumpur serta kayu sebelum pengsan.

“Apabila sedar saya melihat beberapa orang mengeluarkan saya dan membasuh lumpur pada badan saya.

“Saya tidak sedarkan diri dan terjaga apabila berada di hospital,” katanya.

Kejadian tanah runtuh dan banjir kilat di Purworejo, Jawa Tengah itu menyebabkan 50 orang terbunuh.

Sehingga kini pasukan penyelamat mencari saki-baki mangsa hilang dan dipercayai masih ditimbus lumpur tebal. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan