Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

12 individu ditahan dalam ‘Ops Dadu’

11:00am 19/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 323 views Jenayah,Tempatan
Antara premis yang diserbu dalam 'Ops Dadu'

Antara premis yang diserbu dalam ‘Ops Dadu’

KOTA KINABALU- Seramai 12 orang yang dipercayai terlibat dalam aktiviti perjudian loteri awam haram 4D dan ‘Wah Hui’ ditahan dalam serbuan berasingan di empat premis menerusi “Ops Dadu” di sekitar daerah Kota Kinabalu.

Operasi yang bermula sekitar jam 2 hingga 4 petang itu, semalam telah merampas beberapa peralatan judi termasuk wang tunai sebanyak RM 1065.

Peralatan perjudian yang dirampas

Peralatan perjudian yang dirampas

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M. Chandra, pihak polis turut menahan 10 orang penjaga premis dan dua orang kaki judi yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 58 tahun.

Chandra berkata kesemua kes akan disiasat dibawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM200,000 dan juga dikenakan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun. Elezebeth Esther/ SayangSabah

Antara peralatan perjudian yang dirampas semasa 'Ops Dadu'

Antara peralatan perjudian yang dirampas semasa ‘Ops Dadu’

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan