Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

12 domain serlah potensi kepimpinan Generasi Y

Tawfiq Abu Bakar Titingan (kiri) menerima indeks laporan belia dari Dr. Wasitah selesai Persidangan Majlis Perundingan Belia Negeri Sabah.
Tawfiq Abu Bakar Titingan (kiri) menerima indeks laporan belia dari Dr. Wasitah selesai Persidangan Majlis Perundingan Belia Negeri Sabah.

KOTA KINABALU – Majlis Perundingan Belia Negeri Sabah (MPBNS) perlu merangka Program Aspirasi Masa Depan berpaksikan 12 domain untuk mengukur kualiti hidup belia negara di Sabah.

Selain mencungkil bakat belia dalam pelbagai bidang, langkah itu bertujuan menyerlahkan potensi kepimpinan Generasi Y dalam mengemukakan idea bernas sekaligus melonjakkan kesejahteraan masyarakat umumnya.

Hakikatnya, pembangunan belia merupakan tugas yang harus dipikul bersama dalam kalangan pihak bertanggungjawab dan berkepentingan bagi memastikan program yang diatur memberi impak ke atas generasi belia.

Dalam ucaptamanya, Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menegaskan perlunya usaha berterusan dalam memahami aspirasi belia terutama diperingkat akar umbi, didekati pula belia bandar, supaya dalam masa sama, para belia menyokong hala tuju pembangunan negeri.

“Justeru, saya ingin mengajak rakan-rakan strategik khusus Majlis Belia Sabah (MBS) dan 13 Ahli Gabungannya untuk membina rangkaian, jaringan kerjasama dan perkongsian pintar serta menyerlahkan kolaborasi untuk meningkatkan capaian sasaran melangkaui 50 peratus (300,000 belia) dari penduduk negeri ini yang berumur 15 hingga 30 tahun berjumlah kira-kira 590,000 orang,” katanya sempena Persidangan Majlis Perundingan Belia Negeri Sabah (MPBNS) di sini hari ini.

Hadir sama Pembantu Menterinya, Datuk Masiung Banah; Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan negeri, Datuk Suzannah Liaw dan Presiden MBS, Nourman Ryan Awang Zaini.

Disamping itu, katanya tugas mencorak identiti belia aspirasi masa depan turut diberikan keutamaan dan ia adalah kepentingan utama kerajaan agar nilai posiitif dalam kalangan belia pelbagai suku sentiasa diperkukuh dan perlu dipertahankan.

“Percayalah, sekiranya usaha ini diteruskan, masyarakat setempat dan belia akar umbi pasti memahami hasrat kerajaan, menyokong hala tuju pembangunan negeri serta mendukung agenda transformasi pemerkasaan pembangunan belia,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan