Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

12 bayi pramatang rentung

9:25am 11/08/2016 Pak Roshan 770 views Global
Anggota keluarga menunggu di luar hospital dan gambar kanan, keadaan inkubator menempatkan bayi pramatang yang terbakar. - Foto AP

Anggota keluarga menunggu di luar hospital dan gambar kanan, keadaan inkubator menempatkan bayi pramatang yang terbakar. – Foto AP

Baghdad: Sekurang-kurangnya 12 bayi pramatang yang baru dilahirkan rentung dalam kebakaran wad bersalin sebuah hospital di sini semalam.

Jassem Lateef al-Karkh dari direktorat kesihatan Baghdad berkata, hanya tujuh bayi berjaya diselamatkan dan dihantar ke wad lain di ibu negara Iraq itu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Ahmed al-Rudeini berkata, kebakaran di Hospital Yarmuk di barat bandar raya itu akibat kerosakan elektrik selepas tengah malam (waktu tempatan).

“Seramai 29 pesakit wanita di wad sama turut dipindahkan ke hospital lain,” katanya.

Pasukan keselamatan menutup kawasan berkenaan dan pasukan forensik memeriksa tempat kejadian manakala anggota keluarga mangsa yang berang, menunggu di luar bagi mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan