Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

1,165 Liter Petrol Bersubsidi Dirampas Di Semporna

rampasan petrol

SEMPORNA– Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 1,165 liter petrol bersubsidi yang cuba diseludup ke negara jiran dalam tiga operasi berasingan di sekitar perairan daerah ini semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun berkata tujuh lelaki berusia antara 14 hingga 49 tahun yang tidak memilki dokumen pengenalan diri yang sah turut ditahan.

Beliau berkata dalam penahanan pertama pada pukul 11.20 pagi, tiga lelaki yang berusia antara 14 hingga 49 tahun yang menaiki bot pam ditahan bersama 415 liter petrol di perairan berhampiran Pulau Kalapuan.

Pada pada pukul 3 petang, 375 liter petrol dirampas dari sebuah bot pam yang dinaiki dua lelaki berusia 19 dan 45 tahun di perairan Nusa Kayu.

Seterusnya pada pukul 3.30 petang, 375 liter petrol dirampas dari sebuah bot pam yang dinaiki dua lelaki berusia 15 dan 23 tahun di perairan yang sama, katanya.

Komen


Berita Berkaitan