Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

116 pelajar terima insentif pendidikan Kopeks

7:02am 05/05/2017 Elezebeth Esther Onjining 32 views Kota Kinabalu,Perniagaan,Tempatan

Maznah (tiga dari kanan) menyampaikan insentif pendidikan Kopeks kepada salah seorang penerima, Siti Nur Afiqah Ramamuteh,17, dekat sini, semalam.

KOTA KINABALU: Seramai 116 pelajar menerima intensif pendidikan daripada Koperasi Pekerja- Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS), hari ini.

Kesemua penerima tersebut merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Peperiksaan Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tempoh tiga tahun iaitu tahun 2014 hingga tahun 2016.

Pengerusi KOPEKS, Datuk Maznah Abdul Ghani berkata, pemberian insentif pendidikan kepada pelajar- pelajar cemerlang adalah untuk membantu ibu bapa meringankan keperluan kewangan mereka.

“Walaupun jumlah insentif yang diberikan itu tidak banyak namun ia tetap mampu membantu mengurangkan beban kewangan keluarga dari aspek pembelian keperluan sekolah,”katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan insentif pendidikan Kopeks, semalam.

Selain itu, katanya, jumlah penerima insentif pendidikan tahun ini mencatatkan jumlah tertinggi sejak ia dilaksanakan pada tahun 2013.

“Pada tahun lalu, kita (Kopeks) telah menyampaikan insentif pendidikan ini kepada 36 orang penerima iaitu pelajar cemerlang PT3 dan SPM,”katanya.

Disamping itu, Maznah turut menyeru kepada ahli- ahli Kopeks yang mempunyai anak- anak cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM agar memberi nama serta slip keputusan kepada Kopeks.

Tambahnya, beliau khuatir sekiranya terdapat ahli- ahli Kopeks yang tidak mengetahui mengenai program CSR itu.

“Setiap tahun Kopeks telah memperuntukkan RM 50,000 bagi melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini namun peruntukkan itu tidak digunakan sepenuhnya kerana jumlah penerima insentif kurang,”katanya.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kopeks, Buvil Angkui.

Menurut Buvil, pemberian insentif itu bukan sahaja membantu meringankan beban ahli Kopeks namun ia juga sebagai penghargaan kepada ahli- ahli Kopeks kerana telah memberikan sokongan terhadap koperasi berkenaan.

“Kita (Kopeks) bukan sahaja memberikan bantuan kewangan kepada ahli- ahli Kopeks namun kita turut prihatin kepada kebajikan keluarga mereka… Ini yang membezakan Kopeks dengan agensi- agensi koperasi yang lain,”katanya. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan