Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

115 atlet Kolej Vokasional Likas sertai sukan tahunan

Antara atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu.
Antara atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu.

KOTA KINABALU – Seramai 115 atlet Kolej Vokasional Likas menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang 2015 di Stadium Sukan Likas, Kota Kinabalu.

Antara acara yang dipertandingkan ialah 100 meter, 400 meter, 1500 meter, 4 x 100 meter, 4 x 400 meter, lompat jauh, lontar peluru, lempar cakera dan merejam lembing.

Rumah sukan Plasma merangkul juara keseluruhan dengan pungutan 197 mata dan merangkul 12 emas, perak (lima) dan gangsa (enam), tempat kedua pula dimenangi Rumah Arka dengan 133 mata.

Anugerah Olahragawan 2015 dimenangi oleh Izham Hazmi daripada pasukan Plasma dengan meraih dua emas iaitu acara 100 meter dan 4 x 100meter manakala Olahragawati disandang Shirley Sherlyn wakil pasukan Arka selepas meraih dua emas dalam acara 400 meter dan lompat jauh,  serta satu perak dalam acara 4×400 meter.

Temasya ini dirasmikan oleh Pengarah Kolej Vokasional Likas, Sabin Sinusun. Dalam ucapannya, beliau memuji semangat kesukanan tinggi dan kerjasama semua pihak atas kejayaan mereka dalam mencapai matlamat meningkatkan mutu sukan dan kokurikulum kolej. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan