Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

112 maut, 91 hilang

9:23am 24/07/2016 Pak Roshan 12 views Global

banjir

Beijing: Hujan lebat yang melanda sebahagian besar China pada minggu ini menyebabkan sekurang-kurangnya 112 orang maut dan 91 lagi hilang, lapor pihak berkuasa di beberapa wilayah semalam.

Hujan lebat yang bermula Isnin lalu, menyebabkan air sungai melimpah, mencetuskan tanah runtuh dan memusnahkan puluhan ribu rumah.

Wilayah Hebei di utara China adalah paling teruk terjejas dengan pihak berkuasa memberitahu seramai 72 penduduk terbunuh dan 78 lagi hilang.

Hampir 300,000 penduduk terpaksa dipindahkan di Hebei dan pihak berkuasa menghantar sekali lagi bantuan seperti khemah, selimut, kasut dan generator ke wilayah itu.

Di bandar Xingtai di Hebei sahaja, 25 orang terbunuh dan 13 lagi hilang.

Bandar itu turut mendapat perhatian media negara berkenaan selepas penduduk di sebuah kampung membuat bantahan terhadap kerajaan kelmarin.

Kampung Daxian hampir musnah sepenuhnya apabila dilanda banjir kilat pada awal pagi Rabu lalu ketika penduduknya nyenyak tidur.

Beberapa gambar yang tersebar di Internet menunjukkan imej mayat kanak-kanak yang lemas dan diliputi lumpur.

Penduduk yang berang menyalahkan pihak berkuasa kerana gagal memberi amaran kepada penduduk untuk berpindah apabila satu empangan di hulu sungai melepaskan air banjir.

Pihak berkuasa menyalahkan kegagalan benteng sungai berhampiran kampung itu yang menyebabkan air naik mendadak.

Timbalan Datuk Bandar Xingtai, Qiu Wenshuang berkata, kampung itu dinaiki air ketika pasukan penyelamat datang untuk memindahkan penduduk pada pagi Rabu lalu. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan